1. KETIKA MENCARI CALON ~ Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.
2. KETIKA MELAMAR ~ Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis, tetapi meminta kep ad a Allah melalui orang tua/wali si gadis.
3. KETIKA AKAD NIKAH ~ Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu, tetapi menikah di hadapan Allah
4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN ~ Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa'kan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana menyia-nyiakan do'a mereka.
5. KETIKA MALAM PERTAMA ~ Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.
6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA ~ Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.
7. KETIKA BIDUK RUMAH TANGGA GOYANG ~ Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya justeru semakin erat berpegang tangan
8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK ~ Cintailah isteri atau suami anda 100%
9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK ~ Jangan bagi cinta anda kepada (suami) isteri dan anak anda,tetapi cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.
10.KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM ~ Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.
11.KETIKA EKONOMI BERKEMBANG ~ Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita
12.KETIKA ANDA ADALAH SUAMI ~ Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggung jawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda.
13.KETIKA ANDA ADALAH ISTERI ~ Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan.
14.KETIKA MENDIDIK ANAK ~ Jangan pernah berpikir bahawa orang tua yang baik adalah orang tua yang tidak pernah marah kepada anak,kerana orang tua yang baik adalah orang tua yang jujur kep ad a anak ....
15.KETIKA ANAK BERMASALAH ~ Yakinilah bahawa tidak ada seorang anakpun yang tidak mahu bekerjasama dengan orang tua, yang ad a adalah anak yang merasa tidak didengar oleh orang tuanya.
16.KETIKA ADA PIL ~ Jangan diminum, cukuplah suami, isteri sebagai ubat.
17.KETIKA INGIN AMAN DAN HARMONIS ~ Gunakanlah formula 7 K (Ketaqwaan, Kasih sayang, Kesetiaan, Komunikasi dialogis, Keterbukaan, Kejujuran, Kesabaran)
::ARTIKEL nie kwn sy yg email kan..bkn sy pandai2 reka sndr ye..hehehe::
0 gosips:
Post a Comment