Monday, February 13, 2012

5/2/2012


salam kwn2..

sy sgt bersyukur ke hadrat Ilahi kerana semua berjalan dengan lancar..

sempena hari mauludirrasul, 12 Rabiulawal (5 Februari 2012), keluarga sy adakan majlis sambutan maulidurrasul di rumah.. selepas zohor, jiran2 semua berkumpul utk berselawat..

dh selesai takat tu..

sebenarnye pada hari yg sama, ade 1 lg majlis iaitu majlis perbincangan antara family sy & family "si teruna".. perbincangan hangat..!! belah sy, pakcik sy yg jd kepala (lead majlis).. thanks a alot to abi.. pakcik sy nie sgt gembira la sbb "si teruna" tu org terengganu.. kire ade geng la nnt.. hehe~ sy tak dpt follow sgt majlis tu sbb sibuk uruskan mknn kut2 tak cukup utk tetamu.. tp alhamdulillah, semua berjalan dengan lancar, mknn pn SOLD OUT sampai hbs majlis.. baguslah, tak membazir..

so, skrg dh boleh buat persediaan.. apa yg perlu beli.. apa yg perlu prepair.. apa yg perlu buat.. hmmmm.. sy perlu bersemangat hingga perakhiran majlis..!! cayokkk..!!

~BERJAYA..!!~

salam kawan2..

mcm dh lama tak berkarya walaupun baru seminggu tak update (bajet slalu sngt update..hihi).. tahun nie kire nk gilap balik skill2 membuat ayat2 power.. hmmm.. sebelum nie power sgt ke..?? (perasaaannnn..!!).. alamak, dh tersasar dr tajuk sbnr..

apa yg dh berjaya nie..?? hohoho~ berita gembira.. berita gembira.. SAYA DAH TURUN 2 KG selepas amalkan ATKINS DIET.. baru 2 kg tu.. tggl lg 9 kg.. mampu ke trnkn 9 kg sebelum kawin..?? lps nie dh tak leh byk sgt buat "cheat diet" klu nk cpt2 kurus.. hihi~ skrg nie asyik "uppsss..terrrrmakann.." so, mcm mn..??

lps nie kene bertekad hbs2 utk pakai baju cantik & tak nmpk cheese2 burger di badan.. hihi~

~LOL~

Thursday, February 2, 2012

~3 hari bersama ATKINS DIET~

salam kawan2..

ari nie sy ada 1 kelas je.. so, ptg blh duk rilek2 skit..walaupun kerja pengurusan berlambak lg yg belum siap.. bila nk siapkan nie..?? hehehe~ tgh tak de mood nak buat kerja sbnrnye nie.. mood nk bercuti balik kg dh menebal dlm diri (sory yee boss..!!).. hihi~

uppsss.. dh terkeluar dr tajuk la plak.. sbnrnye sy nk cite pengalaman 3 ari mencuba ATKINS DIET..

****************************************
HARI PERTAMA

menu pg:
- half boil egg - 2 biji (GOOD..!!)
- roti - 2 set (nie dh langgar pantang)
- air barli (nie sy tak tau langgar pantang ke tak)

makan tengahari:
- bubur nasi (mkn skit je tp ikutkan tak leh mkn tp perut dh sakit..huhu)
- air suam (GOOD..!!)

makan mlm:
- roti kaya (terpaksa mkn walaupun tau tak boleh sbb dh lapar)
- air masak jeee (GOOD..!!)

****************************************
HARI KE-2

menu pg:
- bihun goreng.. (boleh dimaafkan)
- air suam (GOOD..!!)

makan tengahari:
- burger (kalau ikutkan kene mkn daging die je, roti tak leh mkn tp roti bhgn bwh die mcm sdp je sbb byk mayonis.. hihihi.. sy mkn yg bwh je, yg ats sy buang..)
- air dlm water dispenser je..

makan mlm:
- mihun sup (boleh la dimaafkan sbb karbohidrat die rendah)
- air teh krisintimum less sugar (tak tahan bebbb klu tak minum)

****************************************
HARI KE-3

menu pg:
- susu (tak sempat nak gi beli mknn sbb kls kul 8)
- mee grg (2 jemput je mkn, tu pn sbb ade meeting.. hihi)
- ayam grg (4 ketul - ambik kau..!! tp tak de mslh kalau mkn ayam byk2.. yg nie tak yah pantang..)
- kuih 2 bijik (ambik sebijik je sbb ingat nk rs je, pastu sebijik lg kak ika yg letak dlm pinggan.. so, kak ika yg salah.. hahahahaha~)

makan tengahari:
- minum air msk je sbb td dh membaham dh..

cadangan makan mlm (sbb tak mkn pn lg):
- sup sayur (ingat nk mkn sup cendawan tp dlm tu die taruk tepung.. cancle..!!)
- air suam

****************************************
mcm mn plak dgn cabaran hari ke-4..?? dh la balik kg, ruginye klu tak mkn.. huhu~ saba aimi, demi mencapai cita2.. tp 3 hari tu pun dh curik2 karbohidrat dh.. mcm mn nie..??

kalau en suhaimi bc blog nie mst die meradang dengan sy dan bebel 20 bakul sbb tak ikut diet yg sebenar.. "sory yee syg, perut sy tak thn.. sy cuba skit2, insyaAllah lm2 blh la ikut kut..."

CHERITERA HATI 1st GIVEAWAY

Jom join giveaway.. thanks dila for inviting me..!!

sekarang sy nak tag cik yern & kakak cik yern plak... jom join smentara waktu ms ade..!!

~Atkins Diet~

Salam kawan2..

diet diet diet..!! mampu ke berdiet..?? fuiihhh~ demi mencapai cita2 nk pkai gaun pengantin yg cantik2, terpakse gak la diet (kate en bakal suami)..

kat sini sy nak share 1 artikel pasal diet.. ATKINS DIET.. pernah dengar..?? sy pn baru dengar 3 4 ari lps.. ari nie adalah hari ke-3 sy praktis.. pengalaman pertama praktis ATKINS DIET nnt sy cerita dlm next entry yee.. jom bace artikel dekat bwh.. sy ambil artikel nie dr 1 blog yg trasletkn ATKINS DIET nie dlm bahasa melayu.. klik disini.. nk tau sape yg bagi artikel nie..?? mst la org yg nk tgk sy kuruskan.?? hehehe~

RINGKASAN ATKINS DIET (VERSI BAHASA MELAYU)

Peringatan: Pregnant ladies dan wanita yang sedang menyusu baby tidak digalakkan mengamalkan Atkins Diet!!! Consult doctor anda sebelum mengamalkan diet ini...!

Atkins Diet ialah sejenis corak pemakanan yang diperkenalkan oleh Dr. Robert C. Atkins bagi membantu seseorang individu untuk mengurangkan berat badan melalui konsep pembakaran karbohidrat (carbohydrate) dan lemak di dalam badan.
Dengan mengurangkan dan menghadkan makanan berkarbohidrat seperti nasi, mi, kentang dan gula, badan akan mula membakar lemak sebagai bahanapi. Ini bereti berat badan anda akan mula menyusut.
Dr Atkins mula mengembangkan idea ?karbohidrat rendah dalam pemakanan? semenjak tahun 1970an lagi tapi kurang mendapat sambutan. Pada masa itu ramai rakyat Amerika telah mengikuti ?low-fat diet? atau diet rendah lemak.
Melalui ?low-fat? diet, ada yang tidak berjaya mengurangkan lemak badan kerana walaupun mereka menghadkan makanan berlemak, mereka masih mengambil makanan berkarbohidrat dan bergula, seperti meminum lebih banyak jus, memakan roti dan kentang berlebihan. Yang berjaya menurunkan berat badan pula selalunya akan kembali ke berat badan asal dalam masa 1-2 tahun kerana kebanyakkan diet yang diperkenalan menyebabkan mereka sentiasa terasa lapar dan tak mampu mengikut teknik low-fat diet itu buat masa yang lama.
Dr Atkin telah membuat kajian mengenai ?low carbohydrate diet? dan mendapati yang mereka yang mengamalkan pemakanang kurang dalam karbohidrat tetapi tinggi dengan protein mampu menghilangkan berat badan yang berlebihan dan kekal dalam keadaan langsing seumur hidup.
Atkins Nutritional Approach (ANA) dibahagikan kepada 4 peringkat utama yang perlu diikuti dengan penuh berdisiplin dan dedikasi jika anda ingin mencapai tubuh langsing impian anda. 4 peringkatnya ialah:

1. Induction (permulaan dan pengenalan) ? 2 minggu atau lebih, mengikut keadaan dan berat badan.
2. Ongoing Weight Loss (penyusutan berat berterusan)
3. Pre-maintenance
4. Lifetime Maintenance

Induction ialah peringkat terpenting sekali dalam Atkins Diet kerana ia adalah tapak permulaan kepada corak pemakanan yang berbeza daripada apa yang pernah anda lalui selama ini. Induction sebaik-baiknya dilakukan selama 2 minggu (paling kurang) dan boleh diteruskan selama 6 bulan sehingga 2 tahun, mengikut keadaan kesihatan dan berat badan anda. Yang pasti, lagi berat badan anda atau lagi susah untuk anda menghilangkan berat badan (atau kedua-duanya sekali), lagi lama anda patut berada pada tahap Induction.

Semasa 2 Minggu Induction:

1.) Elakkan NASI, MI, MIHUN, LAKSA, LAKSANG, SPAGETTI, FETTUCINI, VERMICELLI, KUEW TIAU dan yang sebangsa dengannya.

2.) Elakkan Roti, roti berserat, roti bun, rotiBoy, roti canai, roti jala, roti bakar, roti pastries dan apa2 yang sebangsa dengannya.

3.) Elakkan Gula - gula pasir, gula melaka, gula merah, madu, gula-gula dan apa-apa yang bergula tinggi.

4.) Elakkan Buah-buahan (lepas 2 minggu baru makan berpada-pada).

5.) Elakkan minuman bergula, jus buah-buahan, air bergas (coke, pepsi, 100plus, etc), kurangkan pengambilan kopi!

6.) Elakkan snek seperti Twisties, biskut manis, nachos, popcorn, jeruk manis.

7.) Elakkan segala bentuk kacang untuk 2 minggu. Tak kira kacang biasa, gajus, kuah kacang, dhal...

8.) Elakkan makanan berproses seperti kentang goreng, bebola ikan, bebola sotong.

9.) Elakkan makanan bertepung seperti kek, biskut, kuih-muih.

********************************************************

Boleh Makan:

1.) Ayam - panggang, steam, bakar, sup, satay, digoreng tanpa tepung.

2.) Semua ikan - sama macam ayam, boleh grill, steam, goreng tanpa tepung. Tak kira ikan salmon, pari, tenggiri, terubok, ikan bilis...

3.) Semua daging - rusa, lembu, kambing - buat steak, satay grill, sup ekor, daging bakar, disalai... asalkan halal.

4.) Udang - bakar, tomyam, goreng dgn cili boh, etc. Elakkan sotong coz karbohidrat tinggi.

5.) Sayur, terutamanya sayur hijau. Kurangkan lobak merah, elakkan kentang. Lagi hijau, lagi bagus, macam sawi, bayam, salad, timun...

6.) Keju jenis cheddar, mozarella, parmesan. Limit kepada 2-3 keping sehari.

7.) Air kosong, air mineral -minum 8 gelas atau lebih sehari untuk elakkan sembelit.

8.) Nak makan burger? Buang roti bun atas dan bawah, makan daging burger dengan sayur dan mayonis kat dalam je...

9.) Pizza? Makan topping kat atas je, roti kat bawah tu kasi orang yang tak perlu diet...

10.) Makan supplement dan vitamin seperti spirullina dan multi-vitamins untuk menambahkan lagi tenaga dan kuatkan daya ketahanan badan.


Jangan lupa makan sarapan, tengahari dan makan malam. Makan malam sebelum jam 9 malam. Jangan ponteng makan!

Contoh sarapan / Breakfast
1.) Telur rebus - 1 biji - (0.6 grams carb)
2.) Chicken slice - 2-3 keping - (0.0 grams carb)
3.) Air suam - 1-2 glass - (0 gram carb)
4.) Keju - 2 keping - (1 gram carb)

Makan Tengahari / Malam
1.) Ikan panggang - 1-2 keping - (0 gram Carb)
2.) Sup Ayam - 1 mangkuk - (0.5 - 1 gram Carb)
3.) Ayam goreng - 1-2 ketul - (0.5 - 1 gram Carb)
4.) Sayur-sayuran hijau - 1 mangkuk - (1 - 3 grams Carb)
5.) Telur goreng - 1-2 biji - (1 - 1.5 gram Carb)


Carb = Karbohidrat
Jangan lebih drp 20 grams Carb sehari kalau nak kurus!

Nasi - 1 pinggan penuh = 88 grams Carb !
Nasi - 1/2 pinggan (nasi separuh) = 44 grams Carb.
Nasi - 1/4 pinggan = 22 grams Carb.
Mee (mihun/spagetti/laksa/laksang/fettuccinni) = 10 - 100 grams Carb (meehoon paling rendah Carb = lebih kurang 10g sepinggan)

InsyaAllah, try diet ni selama 2 minggu, anda boleh lihat hasilnya.

***Galadriel ***

SELAMAT MENCUBA..!!

Wednesday, February 1, 2012

~teringinnn~

tajuk mcm mengidam je kan..?? hihihi~

apa yang teringin sebenarnya nie..?? sebenarnya sy teringin nak pkai gaun yg cantik2 ms kawin nnt.. tp blh ke..?? klu pkai, nmpk mcm bungkus buah nangka la plak.. huhu~ jom layan mata jap tgk gaun2..

i like red... tp klu yg mcm nie cam x muat je...

yg nie plak..?? seksi sgt la..
yg nie ok..??

aimi...!! dh la tu berangan.. sila turunkan 10kg berat bdn dl, baru blh pkai baju mcm nie... OK..!!

~saya BUNTU~

salam kawan2..

ari nie sy buntu bila duit kelab short..!!

knp tak cukup nie..?? adusssssssssss...


ssh kan kalau jd bendahari..?? kdg2 terpaksa berkorban tp klu slalu sgt berkorban, merana gak.. huhuhu~

kepala berserabut jap...